Jimat dan Halal from Cyberjaya, Selangor

YOUR FOOD BAG


Price
QTY

TOTAL

RM0.00 MYR Update cart

Price excludes delivery, which is applied at checkout.


GET SHIPPING ESTIMATES

JADIKAN MAKANAN ITU SEBAGAI UBAT

MAKANAN UNTUK KECERDASAN MINDA

Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal kita. Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan berupaya mempengaruhi fungsi otak dan sekaligus mempengaruhi tingkah laku dan juga kecerdasan otak seseorang itu. Dalam erti kata lain, otak kita akan membangun dan berfungsi dengan baik dengan adanya sumber-sumber protin, asid amino, lemak, karbohidrat, serat, vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada unsur pemakanan yang diambil.

Dengan berbagai makanan yang terdapat ketika ini, tentunya menjadi tanggungjawab kita untuk memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap pembangunan minda dan kesihatan. Secara amnya, makanan terbaik ialah makanan sunnah yang halal lagi bersih (Halalan & Thoyiban), seimbang, berzat dan berjadual. Makanan sebegini dipanggil makanan berfungsi.

source

www.azzain.com.my